Dibalik Suatu Poster OBEY
Siapakah Obey The Giant sebenarnya?
Fenomena ini sebenarnya dicetuskan oleh Shepard Fairey yang menyebarkan gambar wajah misteri ini. Wajah Obey ini sebenarnya adalah wajah seorang ahli gusti legend era 70-an dan 80-an iaituAndre The Giant, yang pernah muncul dalam World Wrestling Federation ( WWF kini WWE ).
Namum apakah maksud perkataan 'Obey' di dalam poster ini?..Tidak ada, ia sebenarnya tiada apa-apa maksud. Poster ini adalah sebuah karya tanpa ada maksud apa-apapun. Ia hanya salah satu cara Shepard Fairey menarik perhatian orang ramai yang ingin tahu. Dengan cara ini, orang yang rasa ingin tahu akan membuat sebarang spekulasi berkenaannya. Namum Obey hanyalah untuk viral marketing semata-mata.
The Obey Giant website says: "The sticker has no meaning but exists only to cause people to react, to contemplate and search for meaning in the sticker."
Shepard Fairey bersama rakan-rakannya telah menyebarkan gambar Obey The Giant di jalanan dalam bentuk poster, sticker dan grafitti. Disebabkan gambar ini terus tersebar di setipa pelusuk, ada yang mula terganggu dengan gambar ini dan menggangap ianya mengganggu atau perbuatan memberontak. Namum Obey terus menjadi fenomena, ada menjadi kegilaan atau trend bagi anak muda, walaupun tanpa mereka selidiki apakah makna disebalik gambar Obey the Giant ini. Tidak ramai yang tahu pada awalnya poster ini bertajuk Andre The Giant Has A Posse, namum setelah ditegur pihak WWE, Shepard Fairey menukarnya menjadi Obey 'The Giant'.
Siapa Shepard Fairey?
Shepard Fairey adalah seorang designer berkelulusan Rhode Island School of Design, Amerika. Kebanyakan karya-karyanyya adalah bersifat politik dan agak berhaluan kiri atau berbau subversib serta rebel. Selain poster, t-shirt dan sticker propanganda, dia juga pernah mereka pelbagai artwork music, seperti cover album Led Zeppelin, Smashing Pumpkins, Black Eyed Peas dan ramai lagi.Warna dan komposisi design Shepard Fairey selalunya ala-ala poster era tahun 70-an Art Nouveaudan De Stijl. Beliau sering dikritik tentang teknik dan tindakannya menciplak, namum beliau seakan hanya menumpukan kepada satu-satu tema. Dia dituduh meniru pelbagai karya seperti tengkorak simbol SS Nazi dan karya Art Nouveau Ver Sacrum oleh Koloman Moser (1901) dan sebagainya. Selain Obey The Giant, designnya yang terkenal adalah HOPE, iaitu salah satu poster kempen presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama pada tahun 2008. Kebanyakan hasil karyanya adalah untuk mengajak orang untuk berfikir.
Namum kuat pengaruh Shepard Fairey hari ini. Kini kita dapat lihat ramai anak-anak muda yang memakai baju yang tertulis Obey serta gambarnya. Ia telah mencetuskan fenomena gaya baru trend urban.
Design Shepard Fairey yang dituduh menciplak karya seni klasik era Art Nouveau
Design Shepard Fairey yang dituduh menciplak tengkorak SS Nazi
HOPE - Shepard Fairey's Barrack Obama Poster
Sumber : http://v12gether.blogspot.com/
Comments
Post a Comment